Saturday, February 19, 2011

Korang menceriakan aku:)


 
  

Aku sayang korang hahhahaha, eh nak tau tak? Mase hari sabtu kan aku happy gila balik umah pun macam orang gila dah. Sebab korang lah aku jadi gila tanak kawan hahahhaa:P dayang,suhada,pyeka,eypie tu je,but sara tade. Eshh sarah ni padan muka kau tak dapat amik gambar same same sape suruh tak datang.

        Sarah ni mula beriya gila,dia yang suruh kitaorang datang sampai rayu-rayu tapi dia yang tak datang puiiii-.-' Tape kitaorang tak kesah kau tu tak dapat amik gambar wekkkkkkk:P Jakun aku ni-.- haaa nak tau sara best gila mase ni tak penah rase happening gila sampai camni rugi gila kau tak datang wekwek(jahat seh aku ni suke jeleskan orang-.-)

       Ni haa pastu enn,kan tade cikgu dalam kelas,lagipun tak belajar sangat lah mase hari sabtu tu,then kitaorang pegi merayap(LOCATION: dalam sekolah je) pegi ke blok A lah blok baru lah sampai penat,ingat tade cikgu masuk then bila masuk ade cikgu pfttttttt guru kelas siot-.-' Then kena tulis kat nama L=lewat TT.TT. Tape lah redhoo je doh,tapi yang penting best gila. And sabtu tu ade gossip banyak lah jugak,gossip tu biase lah.

       Haaa! Yang ni macam cibs sikit,selalu time aku makan banyak diaorang tak makan pun makan sikit je. Aku datang-datang meja cantin je tengok dorang makan roti,nugget bape ketul tah,ade yang minum je. pfttttttt yang aku makan nasi lemak ayam dahlah nasi dia banyak gila,then diaorang tunggu aku makan. Yang suhada cakap aku beriya makan banyak pui xDD

       Then lepas makan makan makan,pegi naik kelas terus sambung lagi amik gambar hahaaha,cikgu relief masatu,cikgu bi tak datang,cikgu relief kate"MURID BUAT KEJE SENDIRI TAK MAU BISING"Then start lah gossip-ing. Then dah balik,balik ikot suhada pegi umah dia jap amik handphone pehh rumah bersepah anak dara-anak dara hahaha. Btw aku tau kau rajin adah:)



Aku sayang korang tau byebye:)

Monday, February 7, 2011

Tak sangke aku nagis





Aku rindu kau gila. Padahal baru harini kau pegi. Bukan pegi buat selama-lamanya pun. Emm. Mula-mula aku tak rasa pape pun sebelum kau pegi belajar kat muar tu. Aku pun pelik kenapa lah aku boleh nagis bila kau tade. Kau kan selalu marah aku bebel lah grrr sakit telinga sampai satu haritu aku cakap mintak-mintak kau pindah sekolah tenang sikit haha.Then bila kau pindah. Aku nagis pulak pelik siot aku ni

       Kalau kau nak tahu aku sayang gila kat kau. Kalau boleh aku tanak kasi kau belajar jauh-jauh. Tapi ma kate untuk mase depan kau haha. Aku tak kisah kau nak belajar kat mana. Tapi kalau boleh aku nak ikot sekali. Okay okay aku tahu aku gedik asyik nak ikot  kau je. Aku pun rase gitu hahaha. Kau nak aku rindu kena marah kau tau. Rindu dengan muka annoying/menyakitkan hati kau tu. Aku tak sangke tadi aku nagis! FUYOHH! First time aku nagis sebab kau. Euww geli pulak. Kalau kau tahu aku nagis en mesti kau ketawa en. Aku pun nak tergelak jugak kenapa aku nagis macam tak percaya je.

      Then,kalau kau nak tahu. Aku nagis tadi ma pun nagis. Okay part ni aku tak boleh blah. Aku nagis,then ma cakap"adik nagis ni ma pun nagis tauu"then ma nagis betul-betul haha. Then papa boleh nak cakap"angah pun sayang adik,kalau dia tahu awak nagis mesti dia pun sedih"(lagilah aku nagis-.-). Then papa cakap dah dah jangan nagis. Aku amik bantal tutup muka lame-lame tetido.


      Then balik kampung atok pujuk aku,atok pujuk aku okay sikit. Tupun sikit jelah. Then balik umah nagis. Asyik nagis jekan. Esuk datang sekolah mata mesti bengkak. haha tape lah ape nak buat. So,aku harap korang balik lah eh Ainnatul Athirah and Ainnatul Atikah. Aku sunyi doh sorang-sorang. Tido pun sorang. Nak belajar pun rase macam malas. Aku malas dah nak tulis lagi. Basah dah keyboard ni.





Aku rindu korang gila-gila:'(

Sunday, February 6, 2011

Tak pegi sekolah harini.


Ahad haritu aku dah start book hotel kat muar sebab isnin ni akak aku Ainnatul Athirah pegi sambung belajar kat samura muar. Mulanya aku tanak ikot,tapi papa aku suruh ikot jugak. Tapi betul jugak en takkan aku tinggal umah sorang-sorang aku dah lah penakot. Tulah banyak sangat tengok cita hantu-____-'

      Then  sabtu tu en,aku ade cakap dengan member aku,yang aku tak pegi sekolah nama dia suhada. aku pun sedar jugak banyak kali kot aku asyik tak datang sekolah. Dia cakap dengan aku macam ni"ohh kau tapekau ni asyik tinggalkan aku jekan. Tape harini hari kau yang kali aku pulak tinggalkan kau tanak kawan" huahahah comel kan dia(Adah aku puji kau ni bangge sikit)    
     
       Then member aku lagi satu emm name dia takle bagitau tapi kalau dia bace blog ni mesti dia tau(ape aku cakap ni macam keling siot hahah). Dia ni pun penyebok. Time aku tak pegi sekolah dia pun tanak pegi haha. Entah harini dia pegi sekolah ke tak eh. Tak-tak tak pegi en ishh sebok lah kau Tutttt. Eh tapi bagus jugak aku tak pegi. Homework belum siap siott haha. Macam tahu-tahu je harini tak pegi sekolah haha.
      
       Nak tahu tak? Kat samura muar budak semua muka baik-baik kecuali akak aku muka nakal sikit haha. Budak-budak situ semua peramah siot. Semua tudung labuh. Btw, Dorang semua memang baik gila. Bukan macam kau angah! hahah!xD Pehh boring gila kot,kalau tahu tadi pegi sekolah daripada duduk sini,nasib baik bawak laptop boleh main game tapi asyik main game je bosan siot,kalau datang sekolah boleh gossip-gossip kot. Dah lah time aku tak datang sekolah ade gossip best. Bila aku datang je gossip biase-biase je. heshh! siot betul>.<!

       Tadi kan mase aku nak pegi pondok nak online ni kan,aku nampak pompuan lawa gila. Dahlah pakai tudung,muka melepak gila! awww! kalau aku laki dah lama aku tackle dia gahahahah(gatal). Nati jalan sebelah dia bajet cool sikit cakap"FEWITTT AWEK  CUN BAI"(Agas-.-). Tapi serius lah pompuan tu memang cantik gila
       Fuhh. Bape lamae lagi aku nak tunggu abis ni. Kalau lame lagi boleh jadi gila duduk sini doh. Takkan nak main game lagi grrr. Nak buat camne tu je yang boleh hilangkan boring(poyo kan ayat aku) Grr dahlah byebye nak main game pakai-pakaikan baju boleh cuci mata haha!xD



Kalau bapak korang ajak pegi antar akak/abang kau pegi mana-mana JANGANLAH IKOT
(tata titi tutu)

Friday, February 4, 2011

Nibudong-Sunny hill:))



Mula lagu ni dengar kat Highstreet5. Game joget-joget mama aku cakap. Best lah jugak main game tu sebab lagu dia best best kot and boleh dapat kawan walaupun diaorang KURANG lawa/hensem/comel. Btw layan kepala budak-budak game tu best kot. Lagu ni dah jadi lagu favourite dah. Bestt giloo yooo! Bagi aku lah best,bagi korang mungkin tak/ya. Sebab ade setengah orang ni tak minat korea puiii. Macam-macam dorang cakap tak suke korea sebab apee? sebab laki dia GAY obk-______-'' Selalu yang cakap macam tu budak laki. Dorang tak hensem kot thats why cakap korea tak best sebab jeles tak dapat jadi stylish macam mamat-mamat korea tu huhahahha. Okay baik korang dengar lagu ni betul pastikan korang kate best!
(nak pakse-pakse pulak aku ni haha tata~)

You gedik poyo:)





Okay. Ni nama dia Wan mohammad syazwan. Nama gedik Aby,nama poyo Wms,masa ni hang dengan dia 2febuary2011. Woahh. mula ingat tak dapat meet dia. Dia lah gedik sangat member i nak pegi  TC lah,i malas nak keluar lah banyak betul alasan pui pui! But sebenarnya hang out yang kali ni buat last minute and sebenarnya haritu hang untuk siblings joo. Tiba-tiba budak gedik ni nak kelua jugak. So,ade peluang lah jumpa dia sekali hahaha.

          Then mula dia ni macam keling,mula tanak pegi lah. Then time nak masuk cinema baru cakap nak datang. Eshh pastu salahkan orang sepak kang baru tau. Pastu cakap aku tak bagitau dia yang masuk cinema pukul 4.10 grrr. You! i boleh tunjuk mesej yang i sent pasal start cinema tu then u reply okay kan,u lupa ke check balik mesej tu eshhh.Pastu mase dah masuk cinema dia dah datang pfffttt. Tapi nasib baik dia faham yang aku kat cinema. Kalau tiba-tiba nak terus touching memang aku terus tak layan padan muka.

          Bila dah tengah-tengah cita cinema tu,dia mesej"mana you ni,cepat lah dah abis belum movie tu?". Then aku reply"belum. Japlah kejap lagi abis lah kot",dia reply"okay". Then dah abis movie tu. Standard lah orang keluar cinema comfirm pegi toilet. Then dia sikit lagi nak majuk,NGADE kan? huhahha.Then bila dah kuar toilet aku tanye lah nak jumpa kat mana? Dia cakap"taktau lahh" (pfftttt aku ingatkan dia dah tau tempat nak meet aiyaaa!). Then aku tanye dia kat mana,dia cakap dia kat coolblog. Okay then bila odw nak pegi sana. Dia boleh cakap"you i dah nak gerak ni" pfttttt,last-last  i decide that i will meet him at J.co.

         Then meet pun dia kat depan J.co because J.co ramai orang. Then tengok BR kosong,lepak lah sana. Then nak bebel pulak"Asal lambat? penat i tunggu u tau bosan gila. Mula i dah nak balik dah-.-". Esh then lame sikit lepak dengan dia AKAK FIRST aku datang. Err part ni yang aku suke SANGAT-____-'
Hemm. Nak tau aku suke sangat part ni errr. Akak first aku ni dia memang suka jeles kan orang. Dia konon nak gedik-gedik dengan aby,nak amik gmbar dengan dia lah,nak duduk sebelah dia lah,Ishh! macam-macam minah ni. Dah ade aiman dahlah!xD Then akak yang kedua pulak datang. Dia nak amik gambar dengan aby jugak sebab dia nak jeleskan Tutttttttt. huhahaha sengal en?

           And lastly,aby pun balik. Lepak 3 beradik kat BR cakap pasal nak makan kat mana. Semua nak makan yang mahal-mahal je tapi poket bocor hampehh. Last-last pegi MCD je. Yang aku ni poyo cakap kenyang(beli nugget ayam je),then bila balik umah kebulur hahaha then Aina(Akak kedua) cakap"aku dah agak dah yang kau ni lapar,poyo cakap kenyang eee"hahaha dia dah tau peragai aku macam mana. Terharu lah sayang(percayalah ni jawapan dia kasi kalau aku cakap macam tu kat dia"euwwww" yeahh-___-'
byeee^.<



Btw,aku sayang kau dengan kakak and aby ngehhh!:))
(gedik betul aku ni nak sayang-sayang orang haha:D)      

Thursday, February 3, 2011

Hotel626




Okay seriously,game ni best gilooo aww! Mula aku takot main game ni,then ade orang cabar main game ni,bajet gila kot nak takut-takutkan aku puii! nama dia"budakchesssukamenipu". Then aku pun try jelah main. Peh background music dia macam Cb. Yang time minah ni tak scary mana. Biase-biase je. Tapi dia jerit sakit siot telinga-.-' Tapi minah ni boleh tahan lawa!xD



Btw best kot,tapi aku awal-awal dah takot ape lah. Hesh! Btw aku benci time budak tido dalam kotak tu! Dahlah camera dia dekat gila,then time tu aku pakai headphone pfftt! Alih-alih satu muka dia kuar depan PC-______-', then mase yang mission ni kena jalan slow-slow sampai kat pintu depan kalau bising errr paham-paham jelah. Then lapas je pintu tu,ade mission lagi(mestilah ade mission lagi tu pun nak bagitau:P)




Korang try lah eh main gae ni http://hotel626.com/hotel.html 
(Ops lupa bagitau,game ni boleh main lewat malam je)

First blog:)

Hey korang this is my first blog,Alah paham-paham lah orang baru buat blog ni,blog dia membosankan,nak edit pun tak geti kuno betul kan . Okay semalam happy gila dapat jumpa Tuttt hahaha. Kesian akak aku tak dapat jumpa tuttt dia hahaha.
       Then harini bangun bangun je terus basuh muka dengan tak mandinya terus pegi umah baru. Bestnya wow! dapat konker lappy! Tak sia-sia kot aku ikot mama pegi umah baru,dapat Mcd and kek season! FULAMAK rugi dorang tak ikot ma-.-''( huk eleh baru dapat gitu nak bangge ape lah). Then ingat plan nak tido awal malam ni but tiba-tiba mata tak boleh tutup pulak.
       Masa malam tu jugak nampak laptop on lah facebook. Bosan boleh facebook je hari-hari,tgok orang facebook banyak ckp"follow my blog lah","eh eh tengok blog baru aku lah","wewit new blog update lah"macam- macam,and tiba-tiba rase nak buat jugak pulak!xD Then try lah buat blog ni.
       Mulanya,aku suruh akak aku buat tapi dia kedekut. Tanak aku pakse dia buatkan blog nati dia cakap
"KAU JANGAN NAK BODO SANGAT BOLEH?"huh-.-'tape dah banyak kali kot kena macamtu. Redho jelah-.-' Btw aku dah ade blog ni,hope dia boleh tolong ajar aku edit. Kalau tanak ajar errr Fck-.-' Kedekut betul puii. Dah taktau nak tulis ape lagi bye.

Byebye:3